Senarai Blog Saya

Jumaat, 21 Februari 2014

Syair Perpaduan



Berbilang bangsa berpadu erat,
Jiran tetangga harus sepakat,
Segala usaha biar muafakat,
Agar hidup menjadi berkat.



tegur menegur amalan terpuji,
Hindarkan segala amalan keji,
Jangan mencaci sesama sendiri,
Kelak hidup sentiasa dibenci.



Hidup berjiran asas perpaduan,
Bergaul mesra bertukar fikiran,
Jadikan ia sebagai pedoman,
Hidup bahagia masa hadapan.



Bersama-sama jagai keamanan,
Saling memahami sesama jiran,
Elakkan perpecahan dan persengketaan,
Supaya hidup aman kesejahteraan.

SYAIR HARI INI


Ilmu itu gemala sakti
Sinarnya cerah cahaya sejati
Asal puncanya lamun didapati
Sukar bercerai sehingga mati
Harganya tidak dapat ternilaikan
Sebuah dunia belinya bukan
Kuasanya bersukar digunakan
Di laut, di darat, di rimba, dan pekan
Bagi yang duka ia perghibur 
Ia penerang bagi yang kabur 
Ialah kandil di dalam kubur 
Lamun dengannya beramal subur 
Ialah penerang ke jalan syurga
Ia pemuas tekak dan dahaga
Ialah sungai ialah telaga
Laut yang luas ialah juga





~ Koleksi Puisi Klasik Dan Moden Yang Segar Sepanjang Zaman ~ 


Angin teluk menyisir pantai
    Hanyut rumpai di bawah titi
Biarlah buruk kain dipakai
    Asal pandai mengambil hati

Pergi mendaki Gunung Daik          
   Hendak menjerat kancil dan rusa      
Bergotong-royong amalan yang baik
   Elok diamalkan setiap masa

Air melurut ke tepian mandi
    Kembang berseri bunga senduduk
Elok diturut resmi padi              
   Semakin berisi semakin tunduk

Daun sirih ulam Cik Da  
    Makan sekapur lalu mati
Walaupun banyak ilmu di dada
    Biar merunduk resmi padi

Buah pelaga makan dikikir
    Dibawa orang dari hulu
Sebarang kerja hendak difikir      
   Supaya jangan mendapat malu 

Sajak Hari Ini


Kehidupan mengajar aku,
Menempuh suka dan duka,
Dan di kamar yang suram inilah,
Aku mencari erti sebuah kehidupan



Kehidupan ini bagaikan sebuah roda,
Kadangkala diatas,
Kadandkala di bawah,
Namun aku yakin.....



Sekali aku gagal,
Sekali aku tersunggkur,
Sudah pasti ada satu rahsia disebaliknya...



Andai benar kehidupan ini sudah tersurat,
Ciptaan untukku yang terindah,
Dan masih adakah sekelumit belas,

Untuk aku mengemis kasih-Mu, Tuhan.